Lawatan MEXCO-STI ke NIBM-IPharm
7 Mei 2026 โ NIBM dengan bangganya telah menerima kunjungan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (MEXCO-STI) ke NIBM-IPharm, Pulau Pinang.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada program Mesyuarat MEXCO-STI Bil. 1/2026 yang diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang. Delegasi lawatan diketuai oleh YBhg. Datoโ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI dan turut disertai oleh YBhg. Datoโ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI.
YBhg. Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim, FASc, Ketua Pegawai Eksekutif NIBM telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai NIBM serta peranannya dalam memperkukuh pembangunan sektor bioteknologi negara, dan telah mendapat maklumbalas yang positif ahli-ahli MEXCO-STI.
Delegasi turut dibawa melawat fasiliti dan makmal di NIBM-IPharm yang diketuai oleh Pengarah IPharm, YBhg. Prof. Madya Dr. Tye Gee Jun, bagi memberi pendedahan lebih dekat terhadap keupayaan penyelidikan dan pembangunan yang dilaksanakan di NIBM-IPharm.
Peluang seperti ini pastinya mampu memperkukuh kerjasama strategik antara semua pihak bagi merancakkan pelaksanaan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021โ2030 ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030.
#NIBM #NIBMMalaysia #WeAreNIBM














