Iklan Pelbagai Peralatan GMP 2017

NATIONAL INSTITUTES OF BIOTECHNOLOGY MALAYSIA (NIBM)

Company No. 976431-X

(Agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)

KENYATAAN TAWARAN

Sebutharga ini adalah dipelawa kepada kontraktor/pembekal dalam bidang perkhidmatan di bawah bidang yang berkaitan sahaja:

 

No. Sebutharga Tajuk
NIBM/IPH/RFQ/001-2017 Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Peralatan Untuk Fasiliti GMP – Stability Chamber Bagi Institut Farmaseutikal Dan Nutraseutikal Malaysia, National Institutes of Biotechnology Malaysia
NIBM/IPH/RFQ/002-2017 Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Peralatan Untuk Fasiliti GMP – Automatic Capsule Filling Machine Bagi Institut Farmaseutikal Dan Nutraseutikal Malaysia, National Institutes of Biotechnology Malaysia
NIBM/IPH/RFQ/003-2017 Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Peralatan Untuk Fasiliti GMP – Automatic Liquid Filler And Bottle Capping Bagi Institut Farmaseutikal Dan Nutraseutikal Malaysia, National Institutes of Biotechnology Malaysia
NIBM/IPH/RFQ/004-2017 Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Peralatan Untuk Fasiliti GMP – Vacuum Emulsifying Mixer Bagi Institut Farmaseutikal Dan Nutraseutikal Malaysia, National Institutes of Biotechnology Malaysia
NIBM/IPH/RFQ/005-2017 Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Peralatan Untuk Fasiliti GMP – Tableting Machine Bagi Institut Farmaseutikal Dan Nutraseutikal Malaysia, National Institutes of Biotechnology Malaysia

 

Kesemua Sebutharga ini adalah terbuka kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah Kod Bidang

060501 (Peralatan Makmal serta Aksesori); ATAU
060502 (Peralatan Makmal Pengukuran, Pencerapan dan Sukat)

 

Penyebutharga yang ingin menyertai tawaran ini WAJIB menghadiri sesi TAKLIMAT pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :
Tarikh  : 18 Mei 2017 (Khamis)
Masa   : 10.00 pagi
Tempat: Bangunan Pentadbiran, Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia, Blok 5-A, Halaman   Bukit Gambir, 11700 Pulau Pinang

 

Dokumen boleh dibeli pada waktu pejabat dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang pada 18 Mei 2017 di Bangunan Pentadbiran, Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia, Blok 5-A, Halaman Bukit Gambir, 11700 Pulau Pinang.

Pembelian sebelum dan selepas tarikh penjualan adalah tidak akan dilayan. Penjualan dokumen hanya kepada kontraktor/pembekal yang menghadiri sesi taklimat sahaja. Setiap dokumen dijual secara TUNAI dengan kadar RM 20/set dan tidak dikembalikan.

Sebutharga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berpelekat dan dialamatkan kepada:

Pengarah Eksekutif

Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia,

Aras 1, Unit Kewangan,

Blok 5-A, Halaman Bukit Gambir,

11700 Pulau Pinang

 

Dokumen tawaran yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga  di  Aras 1, Unit Kewangan,  Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia, Blok 5-A, Halaman Bukit Gambir, 11700 Pulau Pinang tidak lewat daripada tarikh dan masa tutup iaitu sebelum atau pada hari Jumaat, 02 Jun 2017, jam 12.00 tengah hari.  Tawaran yang LEWAT tidak akan diterima.

NIBM tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas perbelanjaan berhubung Sebutharga ini. Penyebutharga juga boleh melayari web www.nibm.my untuk sebarang maklumat lanjut.

Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut boleh menghubungi pegawai berikut :-

 

  1. Nor Azira Binti Ab Karim                                  04-652 1237                         This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  
  2. Muhammad Syafiq Bin Ishak                            04-652 1305                         This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.